widgets

Wednesday, 13 November 2013

Latar Belakang


Pada awalnya ia merupakan tapak bekas lombong dan dimiliki oleh Majlis Agama Islam Selangor. Ianya dibuka pada tahun 2001 dan dapat menampung kapasiti jemaah seramai 5000 orang dalam satu masa.                                                                                                                                   

Binaan

Senibina masjid ini berasaskan timur tengah dan ia dapat dilihat pada senibina kubah dan menara serta bentuk masjid. Struktur masjid ini berbentuk empatsegi.

Kemudahan

Antara kemudahan yang terdapat pada masjid ini ialah dewan solat lelaki dan perempuan, tandas, kemudahan internet percuma, sistem penghawa dingin, kelas pengajian pondok, bilik mesyuarat, bazaar untuk disewa, badan khairat kematian, van jenazah, pejabat dan kelas serta dewan pengajian.                                                                                                                                  

Keistimewaan

Keistimewaan masjid ini ialah tumpuan penduduk disekitar dan ia menpunyai bazaar untuk disewa serta tapak kedai untuk disewa pada hari jumaat. Masjid ini turut menpunyai taman air pancut.                                                                                                                                  

Maklumat Lanjut

 Nama Masjid: MASJID AL - AZIM
Alamat: PANDAN INDAH AMPANG, JALAN PANDAN MEWAH, 56100 KUALA LUMPUR

Masjid Al-Azim 
Lokasi: Pandan Indah, Ampang Selangor, Kuala Lumpur 
 Alamat: Masjid Al-Azim, Pandan Indah Ampang, Jalan Pandan Mewah, 56100 Kuala Lumpur, Selangor Darul Ehsan. 







No comments:

Post a Comment