widgets

Wednesday, 13 November 2013

Perutusan Nazir


Assalamu ‘alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Segala pujian bagi Allah SWT Pemilik sekalian alam dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, sahabat-sahabat r’anhum dan sesiapa yang mengikut mereka dengan ikhlas hinggalah ke hari kiamat.

Saya melihat Masjid ini, seperti sebuah ‘syarikat’, perlu ditadbir dan diurus dengan bersistem, yang mempunyai ‘kpi’ dan perlu diodit serta dinilai setiap akhir tahun selain dari tahap kewangannya.

Sebagai sebuah ‘syarikat’ tentulah ada produk yang akan dijual atau dipasarkan kepada umum.   Siapakah pembelinya?   Pembelinya adalah ahli-ahli jamaah yang berkunjung ke Masjid, samada mereka mencari perkhidmatan atau mendapatkan bantuan atau hanya  untuk bersolat jamaah di Masjid.

Produk-produk yang kami ‘jual’ adalah diantaranya :
i.                    Kuliah-kuliah pengajian berbagai peringkat
ii.                  Kelas membaca al-Quran berbagai peringkat
iii.                Kelas bahasa Arab untuk orang dewasa
iv.      Program berkala seperti kursus haji bersiri, kursus menguruskan jenazah, kursus penyembelihan dan lain-lain lagi
v.           Kami juga melayani permohonan ahli jemaah untuk majlis doa selamat, tahlil arwah, solat hajat, kenduri aqiqah dan sebagainya lagi
vi.                Kem motivasi pelajar atau dijalankan secara usahasama
vii.              Menjadikan ahli Badan Khairat Kematian

Begitu juga, terdapat kemudahan lain yang disediakan untuk ahli-ahli jemaah seperti :
i.                    Sewa dewan nikah untuk majlis aqad nikah
ii.                  Sewa dewan makan untuk majlis kenduri selepas akad nikah
iii.                Sewa kawasan parkir untuk majlis kenduri kahwin
iv.                Sewa dewan kuliah untuk seminar, kursus atau sebagainya
v.                  Sewa dewan solat untuk majlis yang lebih besar

Lain-lain keperluan yang ada, seperti :
i.                    Bazaar MAIS dan kedai masjid yg menyediakan berbagai produk seperti :
a.       Penapis air berkualiti
b.      Rawatan Islam As-Shifa
c.       Agensi pengiklanan
d.      Tukang jahit pakaian lelaki
e.       Dobi 24 jam
f.       Produk kesihatan dan makanan Timur Tengah
g.      Pakaian Muslimah dan produk makanan Muslim
h.      Agensi Umrah dan Kembara Muslim
ii          Membasuh, mencuci serta mengilatkan kenderaan
ii.         Kami juga membantu golongan fisabillilah seperti ibu tunggal, pelajar yg melanjutkan pelajaran, orang yang terputus bekalan, pesakit kronik, muallaf dan sebagainya lagi
iii.             Menguruskan jenazah dari awal hingga ke tanah perkuburan

Itulah beberapa ‘produk’ yang kami jual tanpa tanda harga, agar mereka dapat menikmati kemudahan, ketika berkunjung ke Masjid, secara tidak langsung juga menjemput mereka untuk datang ke Masjid, selain mendapat kemudahan dan perkhidmatan, mereka juga boleh bersolat berjamaah di Masjid ini.

Akhirnya, kita berharap ahli jamaah dapat istiqomah untuk terus hadir ke Masjid ini dari masa kesemasa dengan membawa sekali ahli-ahli keluarga.   Janganlah berasa jemu untuk hadir ke Rumah Allah ini, Masjid adalah rumah yang selamat, selesa dan tenang ketika berada di perutnya.   Wallah Huaklam.

Selamat datang ke MASJID AL-AZIM, PANDAN INDAH

Sekian.   Wassalam.

Hj Mohd Azmi b. Hj Anuar
Nazir
Masjid Al-Azim Pandan Indah, Ampang
13Nov 2013

No comments:

Post a Comment